Friday, 22 April 2011

Gout Sepintas Lalu

GOUT adalah sejenis penyakit yang menyebabkan kesakitan, inflamasi dan pembekakan kepada satu atau lebih sendi badan. Bahagian kesakitan kelihatan merah dan terasa panas. Ia biasanya menyerang ibu jari kaki, tetapi bolih merebak kepada bahagian bahagia lain sendi. Serangan gout biasanya berlarutan dari satu hari ke 10 hari  dimana selepas itu ia pulih seperti biasa dan tidak sakit. Serangan gout tidak dapat di jangkakan dan serangan berikutnya bolih menjadi lebih kerap dan berlarutan lebih lama. 

Asid Urik adalah bahan buangan  terbentuk dari memprosesan makanan berprotein di panggil purin dalam badan. Secara semulajadi Asid urik ini akan diserap ke dalam darah masuk ke buah pinggang untuk disingkirkan daripada badan melalui air kencing. Dalam keadaan sihat bahan buangan ini bukanlah sesuatu yang memudaratkan. Bagaimanapun, jika penghasilannya dalam tubuh meningkat atau buah pinggang gagal mengumuhkan bahan buangan ini, parasnya akan meningkat.Aras ingkungan asid uric didalam darah di anggap sihat dan normal olih pakar perubatan adalah antara 3.6 mg/dL (~214µmol/L) dan 8.3 mg/dL (~494µmol/L). Sekiranya aras asid uric dalam darah melebihi aras lingkungan normal dan sihat, ia bolih menyebabkan terbentuknya sodium urate, kristal seperti jarum yang menyebabkan inflamasi, kesakitan yang teruk serta bengkak, di satu sendi atau beberapa sendi sendi lain dan di kenali sebagai penyakit gout.

No comments:

Post a Comment