Buah cherry tergolong dalam himpunan buah 'Rosaceae' antaranya buah almond, peach, apricot dan buah plum. Buah cherry adalah bulat kecil dengan isi yang merah dan berbiji di tengah. Terdapat banyak jenis cherry di seluruh dunia dari Eropah ke Utara Amerika dan Asia tetapi secara amnya ia cherry bolih di kategorikan kepada dua jenis, samada jenis cherry manis(dikenali sebagai - 'wild cherry') dan cherry masam (dikenali sebagai - tart cherry).
Cherry Manis secara amnya untuk dimakan mentah sahaja disebabkan rasanya yang manis. Jenis jenis cherry manis yang terkenal adalah Bing, Royal Ann, Black Smith dan beberapa jenis lagi.
Cherry Masam pula, disebabkan rasanya, ia jarang dimakan mentah. Ia lebih terkenal di buat jem atau jelly.Jenis Morello dan Montmorency adalah antara jenis Cherry Masa yang terkenal. Babaimanapun jenis Monmorency adalah jenis Cherry Masam yang paling terkenal mengandungi nutrient yang lebih tinggi berbanding dengan Cherry Manis dan telah di gunakan untuk tujuan perubatan berzaman dahulu.
Buah Cherry Montmorency berasal dari satu lembah di utara Paris. Lembah ini di kuasai satu kerabat pemerintah dikenali sebagai keluarga Montmorency pada kurun ke 12. Cherry jenis ini adalah besar dan merah cherah dengan isi yang kekuningan. alauoun buah cherry bolih tumbuh di mana mana , kualiti nutrient cherry bergantung kepada keadaan cuaca yang tertentu seperti di lembah tersebut. Sejak dari masa itu, buah cherry jenis Montmorency ini di anggap sebagai buah penyembuh yang istimewa.
Hari ini para saintis telah membuat banyak kajian keberkesanan perubatan buah cherry montmorency cherry ini. Hasil kajian menunjukan pengambilan buah cherry montmorency ini dapat membantu mengurangkan inflamasi dan kesakitan pengidap penyakit arthritis dan gout. Ia juga memberi mampu mennyihatkan jantung, mengawal corak tidur yang sihat, kadar penyembuhan badan yang cepat selepas latihan berterusan dan lain lain lagi.
Antara sebab kenapa ia sangat berkesan untuk rawatan kesihatan adalah disebabkan kandingan komponen antioksidan yang sangat tinggi berbanding dengan buah buah yang lain. Terdapat sekurang kurangnya 17 jenis komponen antioksidan dan Anthocyanins terutamanya, satu kompaun mengandungi kualiti anti inflamasi yang sangat kuat dan berkesan dalam mengawal aras asid urik yang sihat seterusnya mencegah dari seranagn gout. Kajian juga mendapati pengambilan buah cherry ini memberi faedah kesihatan dalam pengawalan dan penceghan penyakit inflamasi.